بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلْ يَٰٓأَيُّهَا ٱلْكَٰفِرُونَ ﴿1﴾
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
114 surah dengan teks Arab dan terjemahan. Sambung bacaan pada pelayar ini.
Pilihan dan penanda disimpan pada pelayar ini sahaja.
Bacaan Mishary Alafasy dipautkan ke EveryAyah. Audio dimuatkan hanya apabila anda menekan Dengar; memerlukan Internet.
Teks Arab: Tanzil Project (Rasm Uthmani, riwayat Hafs). Terjemahan: Abdullah Basumayyah, melalui QuranEnc.com. Butiran sumber
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلْ يَٰٓأَيُّهَا ٱلْكَٰفِرُونَ ﴿1﴾
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
لَآ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ ﴿2﴾
“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
وَلَآ أَنتُمْ عَٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ ﴿3﴾
“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ ﴿4﴾
“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
وَلَآ أَنتُمْ عَٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ ﴿5﴾
“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ ﴿6﴾
“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.